Mengapa E-stockist2u?

Selamat datang ke ruangan blog E-stockist2u yang menawarkan perkhidmatan jualan langsung secara ‘online’ kepada pelanggan yang mempunyai masa terhad untuk membeli-belah di pusat jualan yang berhampiran. E-stockist2u memberi kemudahan secara profesional kepada para pelanggan dari seluruh pelusuk dunia untuk memiliki produk idaman tanpa menghadapi sebarang masalah kekangan jarak dan masa. Dengan mengamalkan konsep perniagaan tanpa sempadan, pelanggan tidak perlu lagi bersusah-payah mencari produk yang dihajati kerana E-stockist2u kini telah berada di hujung jari ANDA. E-stockist2u komited untuk memberi keselesaan kepada pelanggan untuk memiliki mana-mana produk yang di tawarkan dengan harga yang amat berpatutan. ANDA hanya perlu mengikuti 'Terma & Syarat' yang ditetapkan untuk menjamin ketibaan produk dengan cepat dan selamat.

Body Therapy Products

Fuel Saver Product

Testimonials

Tuesday, May 26, 2009

Keajaiban Susu Kambing


Sepintas Lalu

Susu Kambing kaya dengan protein, enzim dan mengandungi faktor anti-penuaan, antiarthritis serta anti-barah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut dan membantu dalam pembentukan tulang dan gigi. Ia juga sering dijadikan bahan membuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Industri kosmetik juga mengeluarkan produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun dan krim pencukur.

Susu Kambing adalah merupakan sejenis cecair yang terhasil melalui kaedah biologikal yang sangat unik. Khasiatnya memang tidak dapat di nafikan sejak wujudnya tamadun manusia beberapa ribu tahun yang lalu. Susu Kambing telah di beri pengiktirafan umum di seluruh dunia bahawa ia mampu memulihkan sebarang penyakit yang di alami oleh manusia. Maka tidak hairanlah mengapa Susu Kambing sentiasa menjadi pilihan utama tokoh-tokoh dunia yang tersohor di dalam lembaran sejarah tamadun manusia.
  • Sewaktu peristiwa Israk Mikraj, Nabi Muhammad s.a.w telah disediakan dengan tiga jenis minuman oleh Jibril a.s iaitu Arak, Madu dan Susu Kambing. Baginda memilih Susu Kambing (minuman yang terbaik di dunia selepas susu ibu)

  • Nabi Isa a.s adalah seorang penternak kambing. Bani Israel pada zaman baginda (satu bangsa yang terkenal dengan kecerdikan akal) mengamalkan minuman Susu Kambing sehingga ke hari ini.
  • Nabi Ibrahim a.s merupakan penternak kambing yang agung di dalam sejarah Islam. Sejumlah 12,000 ekor anjing telah di tugaskan untuk mengawasi kambing-kambing peliharaan baginda. Telah berlaku peristiwa sedekah (kambing) yang terbesar di dalam sejarah Islam
  • Kedua-dua putera Nabi Adam a.s. iaitu Habil dan Qabil menternak kambing dan ianya merupakan ternakan binatang pertama di dunia.
  • Mahatma Gandhi memulakan harinya dengan segelas Susu Kambing yang segar diikuti dengan segelas sebelum tidur
  • Cleopatra mengamalkan mandian susu kambing untuk memelihara kecantikan kulit dan awet muda

Fakta Saintifik

Selalunya apabila kita membicarakan tentang perihal susu, kita hanya akan terbayang kepada kelebihan susu lembu semata-mata. Walhal Susu Kambing lebih tinggi manfaatnya jika di bandingkan dengan susu lembu.

Susu Kambing sering di salah ertikan sebagai penyumbang kepada penyakit darah tinggi dan menyebabkan pengamalnya sering berasa panas badan. Hakikatnya Susu Kambing sebenarnya berfungsi menstabilkan tekanan darah dan jantung manusia.

Susu Kambing sebenarnya mengandungi kandungan gizi yang lengkap dan baik untuk kesihatan. Ianya tidak mengandungi beta-lactoglobulin iaitu punca alahan yang boleh menyebabkan asma, masalah pernafasan, radang telinga, infeksi kulit dan gangguan sistem pencernaan. Susu Kambing mempunyai tindakbalas alkali yang memberi faedah pada mereka yang mempunyai masalah asid terlalu banyak dalam perut dengan cara menipiskan asid hidroklorik perut dan melindungi membran mukus di permukaan lapisan perut dari rosak.

Kajian yang dilakukan mendapati Susu Kambing dapat membantu merawat dan mencegah penyakit-penyakit seperti :

  1. Gastrik
  2. Migrain
  3. Masalah darah tinggi
  4. Masalah penyakit kulit
  5. Insomnia
  6. Senggugut
  7. Asma
  8. Buah Pinggang
  9. Lemah Tulang
  10. Ekzema
  11. Hepatitis A
  12. Ulcer Perut
  13. Anaemia
  14. Sakit Kuning
  15. Batuk Kering

Antara manfaat-manfaat lain Susu Kambing adalah :

  1. Pemulihan selepas pembedahan
  2. Memulihkan tenaga batin
  3. Membantu pembinaan darah dan tisu
  4. Membantu pembentukan tulang dan gigi
  5. Tumbesaran fizikal & mental kanak-kanak
  6. Merawat penyakit berkaitan jantung, limpa dan hati
  7. Merawat sakit sendi


Susu Kambing VS Susu Lembu

  • Tidak mengandungi protein kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) = penyebab utama alahan
  • Kandungan asid lemak rantaian pendek dalam Susu Kambing lebih tinggi berbanding dengan susu lembu
  • Molekul lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu
  • Proses pencernaan untuk Susu Kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding dengan susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam
  • Sama seperti susu ibu, pH Susu Kambing beralkali manakala susu lembu bersifat asidik
  • Mengandungi 2.1 kali ganda protein
  • Mengandungi 2.2 kali ganda kalsium
  • Mengandungi 2.0 kali ganda zat besi
  • Mengandungi 2.1 kali ganda potasium
  • Mengandungi 3.8 kali ganda vitamin A
  • Mengandungi 2.0 kali ganda garam galian
  • Mengandungi Selenium tertinggi di antara semua jenis susu

No comments:

Post a Comment